|
Perisian (Software) |
Satu kumpulan aturcara yang menghubungkan kita dengan perkakasan komputer, mengandungi arahan-arahan tersusun yang perlu dipatuhi oleh semua bahagian komputer. Terbahagi kepada 2 jenis:-
Satu kumpulan aturcara (program) yang ditulis untuk mengawal aturcara lain supaya sentiasa beroperasi dalam satu sistem bersesuaian dengan had keupayaan perkakasan. Perisian sistem yang terdapat pada komputer ialah Sistem Pengoperasian, Penterjemahan Bahasa, Subrutin, Atur cara Utiliti dan Bahasa Pengaturcaraan.
Aturcara-aturcara (program) yang mengambil kesempatan had keupayaan dan sumber perkakasan komputer untuk menyelesaikan masalah secara langsung. Perisian Sistem menyediakan jalan yang mudah untuk perisian penggunaan menyelesaikan sesuatu masalah. Perisian Penggunaan boleh didapati melalui dua cara iaitu pakej khas atau am.