Kronologi Sejarah Mikrokomputer


1924
  • IBM telah ditubuhkan
1926
  • Dr. Julius Edger Lilienfield dari New York cuba mendaftar penemuannya iaitu "Cara & Perkakasan Untuk Mengawal Aliran Elektrik". Ia adalah transistor yang menggunakan NPN dan digunakan dalam pembesar suara.
1930
  • Dr. Lilienfield telah mendapatkan paten untuk transistor ciptaannya.

1933
  • Dr. Lilienfield menghasilkan transistor yang menggunakan kuprum sulfida dan aluminium oksida.
1939
  • William R. Hewlett dan David Packard membentuk Hewlett Packard.
1940
  • John V. Atanasoff & Clifford Berry dari Iowa State College ( sekarang Iowa State University) telah menghasilkan komputer elektronik pertama dengan menggunakan teknologi vakum.
1941
  • IBM memperkenalkan komputer peribadi untuk kegunaan rumah, pejabat dan sekolah.

1946
  • Konrad Zuse, jurutera Jerman mereka cipta Plankalkul.
1947
  • Tiga saintis di Bell Labs iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen telah mencipta transistor pengganda.

1948
  • Ketiga-tiga saintis tersebut mendapat paten bagi ciptaan mereka.
1949
  • Short Code, bahasa komputer pertama yang menggunakan peranti pengkomputeran elektronik.

1951
  • Coronado Corporation menukar namanya kepada Texas Instruments Inc.Grace Hopper mereka bentuk compiler bernama A-O dan dilancarkan oleh Remington Rand sebagai MATH-MATIC pada tahun 1957.
1952
  • Compiler AUTOCODE direka bentuk oleh Alick E.Glennie di Universiti Manchester.
1953
  • IBM mengeluarkan Defense Calculator - komputer pertama IBM
1954
  • Texas mengumumkan penghasilan transistor silikon secara komersial.Jack Tramiel menubuhkan Commodore.
1955
  • William Shockley menubuhkan Shockley Semiconductor di Palo Alto, California.
1956
  • Ketiga-tiga saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen mendapat Anugerah Nobel.
1957
  • Digital Equipment Corporation ditubuhkan.
    IBM memperkenalkan IBM 608 - komputer komersial bertransistor yang pertama.
  • Para jurutera seramai 8 orang telah meninggalkan Shockley Semiconductor untuk membentuk Fairchild Semiconductor.
  • FORTRAN yang digunakan untuk matematik telah direka cipta.
    Kumpulan yang diketuai oleh John Baskus telah mereka cipta ALGOL dan sistem spesifikasi sintaksis iaitu BNF.
1958
  • Texas Instrument mengadakan demonstrasi litar bersepadu.

  • FORTRAN II muncul dam mampu mengendalikan penggabungan dengan bahasa perhimpunan (assembly language).

  • John McCarthy pula mereka cipta LISP-LISt Processing.

1959
  • Fairchild Semiconductor mendapat paten untuk transistor ciptaan mereka dan menghasilkan litar bersepadu pertama.

  • LISP 1.5 muncul. COBOL pula telah direka bentuk oleh CODASYL (Conference on Data Systems and Language).

1960
  • IBM membina pusat pengeluaran untuk transistor di New York.

  • Digital memperkenalkan komputer mini PDP-1 dengan harga US$120,000.00.

  • ALGOL 60, bahasa struktur blok pertama yang membawa kepada penghasilan Pascal.

  • Kenneth Iverson mereka cipta APL-A Programming Language.

1962
  • Permainan Spacewar! dihasilkan dengan PDP-1dan diperkenalkan kepada umum di MIT.

  • Sy. Teletype memasarkan papan kekunci model 33 dan terminal penebuk pita untuk input serta output komputer.

  • Ivan Sutherland mencipta sistem grafik dinamakan Sketchpad.

  • Sy. Commodore Bussiness Machine menjual sahamnya kepada umum.

  • APL dibukukan oleh Iverson dengan tajuk A Programming Language.

  • FORTRAN muncul manakala SNOBOL (StriNg-Oriented symBOlic Language) dalam pembinaan.

1963
  • Charles Tandy membeli syarikat Radio Shack Corporation dengan percuma.

  • ALGOL 63 dikemas kini dan PL/1 mula dibentuk.

1964
  •  John Kemmeny dan Thomas Kurtz menghasilkan bahasa pengaturcaraan BASIC

  • di Kolej Dartmouth.

  • Texas Instrument menerima paten untuk litar bersepadu.

  • IBM memperkenalkan perkataan 'word processing' buat kali pertama.

  • APL/360 diperkenalkan dan PL/1 dilancarkan.

1965
  •  Kemunculan SNOBOL3.
1966
  • Steven Gray membentuk Amateur Computer Society dan menerbitkan akhbar ACS.

  • Ia dianggap sebagai tarikh kelahiran pengkomputeran peribadi.

  • FORTRAN 66 dan LISP 2 muncul.

  • LOGO mula direkabentuk di Bolt, Beranek dan Newman.

1967
  • Pameran pertama Consumer Electronics Show diadakan di New York.

  • SNOBOL 4 iaitu yang dikemas kini telah dikeluarkan.

1968
  • Douglas C. Engelbert dari Stanford Research Institute mempamerkan sistem papan

  • kekunci, alas kekunci, tetikus dan tetingkap dan Joint Computer Conference di Civic Center, San Francisco. Beliau juga mempamerkan kegunaan pemprosesan perkataan.

  • Hewlatt Packard memperkenalkan alat kira saintifik berprogram.

  • Robert Noyce dan Gordone Moore menubuhkan Intel Corporation.

  • ALGOL 68 muncul.

  • ALTRAN, bahasa yang serupa dengan FORTRAN telah direka cipta.

  • COBOL diiktiraf oleh ANSI.

1969
  • Jurutera daripada Jepun bertemu dengan Intel untuk melihat projek litar bersepadu

  • dan menandatangani kontrak pembelian cip.

  • Intel membina cip Intel 4004 yang menerima arahan dan menjalankan fungsi yang mudah.

  • Intel mengumumkan cip RAM 1 MB.

  • Kenneth Thompson dan Dennis Ritchie membina sistem pengoperasian UNIX di Bell Labs.

  • Syarikat Golden United Life Insurance memulakan pusat pemprosesan komputer

  • yang dinamakan Compu-Serv, di mana kemudiannya ia berubah menjadi Compuserv Inc.

  • Syarikat Advance Micro Devices ditubuhkan.

  • Bill Gates dan Paul Allen membentuk Lakeside Programming Group dan menandatangani perjanjian dengan Computer Center Corporation untuk melaporkan kerosakan dalam perisian PDP-10.

  • 500 orang menghadiri persidangan APL di Ibu pejabat IBM.

1970
  • Gilbert Hyatt mendapatkan paten untuk Single Chip Integrated Circuit Computer Architecture.

  • Syarikat Information Sciences menghubungi Bill Gates & Paul Allen menawarkan

  • kegunaan komputer PDP-10 dengan pertukaran untuk kemahiran komputer.

  • Intel mencipta cip 1103, cip pertama menggunakan ingatan DRAM.

  • Charles Moore telah menulis tentang bahasa baru iaitu Forth.

  • PROLOG dan Smalltalk mula direkacipta.

  • Pascal mula digunakan pada komputer siri CDC 6000.

  • Bahasa Icon, kesinambungan SNOBOL 4 dihasilkan.

1971
  • Intel memperkenalkan bas 4-bit dalam cip 4004 108 KHz iaitu mikropemproses pertama dengan menggunakan 2,300 transistor dan pengamatan 640 byte.

  • Steve Wozniak & Bill Fernandez membina sebuah komputer dengan lampu dan suis

  • daripada bahagian komputer yang dibuang. Komputer itu dinamakan Cream Soda Computer.

  • Kenback Corporation memperkenalkan komputer Kenback-1dengan harga US$750.00.

  • IBM memperkenalkan cakera liut berukuran 5.2 inci.

  • Wang Laboratories memperkenalkan sistem pemprosesan perkataan Wang 1200.

1972
  • Scelbi Computer Consulting Company merekabentuk pemproses Scelbi-8H.

  • Texas Instruments mengeluarkan mesin kira elektronik TI-2500, TI-3000 dan TI-3500.

  • Intel mengeluarkan mikropemproses 8-bit cip 8008 yang menggunakan 3,500 transistor.

  • Atari ditubuhkan oleh Nolan Bushnell dan menghasilkan permainan video pertama.

  • Bill Gates dan Paul Allen telah menubuhkan Traf-O-Data Company yang menghasilkan perkakasan komputer dan perisian untuk merakam aliran trafik.

  • Wang Laboratories mengeluarkan komputer 2200.

  • Hewlett-Packard memperkenalkan HP-35, sebuah mesin kira saintifik.

  • Dennic Ritchie menghasilkan bahasa C tetapi manual rujukan diterbitkan pada tahun 1974.

  • Prolog pertama kali digunakan oleh Alain Colmeraurer dan Philip Roussel.

1973
  • Komputer Micral (Intel 8008) dari Perancis diperkenalkan tetapi tidak berjaya.

  • Perkataan komputer mikro mula digunakan.

  • Gary Kildall menghasilkan sistem beroperasi CP/M.

  • IBM memperkenalkan unit cakera keras IBM 3340 yang dikenali sebagai Winchester.

  • Texas Instrument memperkenalkan mesin kira SR-50 dengan harga AS$75.00.

  • Scelbi Computer Consulting Company memperkenalkan komputer Scelbi-8H dengan harga AS$565.00.

  • Bob Metcalfe merekabentuk sistem sambungan Ethernet.

  • Spesifikasi untuk COBOL muncul.

1974
  • Intel melancarkan cip 8080 2MHz dengan mikropemproses 8-bit dan menggunakan 6,000 transistor.

  • Motorola memperkenalkan cip 6800.

  • Creative Computing menerbitkan majalah komputer untuk pengguna di rumah.

  • Hal Chamberlain menerbitkan majalah Computer Hobbyist.

  • Brain Kernighan & Dennis Ritchie menghasilkan bahasa pengaturcaraan C.

1975
  • Paul Allen telah berjumpa dengan Ed-Roberts dan mendemonstrasikan BASIC untuk komputer Altair. Hasilnya BASIC berjalan dengan baik dalam Altair.

  • Bill Gates & Paul Allen telah melesenkan BASIC kepada MITS dan ini merupakan bahasa komputer pertama untuk komputer peribadi.

  • Ed Roberts telah mengambil Paul Allen sebagai pengarah syarikat.

  • Bill Gates & Paul Allen telah menukar nama Traf-O-Data kepada Micro-Soft.

  • MITS telah memasarkan Altair 8800 denga harga AS$375.00.

  • Bill Gates & Paul Allen telah memasarkan BASIC v2.0 untuk 4k dan 8k.

1976
  • David Jackson telah menubuhkan Altos Computer Systems.

  • Bill Gates menulis rutin perisian BASIC untuk Altair. Bill telah menulis sebuah surat mengemukakan bantahan mengenai cetak rompak perisian.

  • Steve Wozniak dan Steve Jobs telah menyiapkan komputer Apple I.

  • Konvensyen pertama komputer Altair di Albuquerque.

  • Steve Wozniak dan Steve Jobs telah menubuhkan syarikat Apple Inc.

  • CPU tiga cip MCP-1600 telah dikeluarkan oleh Western Digital.

  • TMS 9900 sebuah mikropemproses 16-bit telah dikeluarkan oleh Texas Instruments.

  • Apple I telah dijual dengan harga US$666.66.

  • Computer Shack telah ditubuhkan dan kemudiannya diubah kepada ComputerLand.

  • Nama Microsoft telah didaftarkan.

  • Bill Gates berhenti dari Universiti Harvard.

  • Electric Pencil, perisian pertama pemproses perkataan untuk mikrokomputer telah dihasilkan oleh Micheal Shrayer.

1977
  • Para pekerja Apple telah berpindah ke Cupertino, California.

  • Kedai pertama ComputerLand telah dibuka di Morristown, New Jersey.

  • Commodore Bussiness Machine Inc. telah memasarkan komputer PET.

  • Apple Computer memasarkan komputer Apple II dengan harga US$1,300.00.

  • Camp Retupmoc adalah kem komputer pertama diadakan di Terre Haute, Indiana.

  • Microsoft telah memasarkan Microsoft Fortran untuk CP/M.

  • Komputer TRS-80 telah dipasarkan oleh Radio Shack dengan harga US$600.00.

  • Apple Computer telah melancarkan Applesoft iaitu versi BASIC untuk Apple.

1978
  • Mikropemproses 8086 dipasarkan dengan harga US$360. 8086 tidak digunakan untuk komputer peribadi IBM pertama kerana kos peranti 16-bit adalah mahal. Model IBM PS/2 seperti Model 25 menggunakan Intel 8086.

  • Sebuah lagi mikropemproses ialah 8-bit bas data luaran dan 16-bit struktur bas data dalaman yang beroperasi pada 4.77 MHz. Kemudian pemproses yang mampu beroperasi pada 10MHz diperkenalkan dengan nama komputer Turbo XT.

  • Apple II dipaparkan kepada umum buat kali pertama.

  • Sistem papan buletin mikrokomputer pertama dirasmikan. Ia dihasilkan oleh Ward Christensen dan Randy Seuss.

  • Microsoft mula memasarkan COBOL.

  • Epson memasarkan pencetak dot matrix MX-80. Ia telah menetapkan satu piawaian baru untuk pencetak berharga rendah.

1979
  • Intel memperkenalkan mikropemproses 8088.

  • Taito memperkenalkan permainan komputer Space Invader di Jepun.

  • Perisian hamparan helaian VisiCalc diperkenalkan di 4th West Coast Computer Fair.

  • Texas Instrument telah melancarkan komputer peribadi TI-99/4 dengan harga US$1500.

  • Apple memperkenalkan pencetak Apple Silentype dengan harga US$600.

  • MicroPro melancarkan perisian WordStar yang dihasilkan oleh Rob Barnaby.

  • Compuserve mula memperkenalkan perkhidmatan MicroNET yang menyediakan perkhidmatan papan buletin, pengkalan data dan permainan.

  • Microsoft telah melancarkan bahasa Assembler untuk mikropemproses 8080/Z80.

  • Wayne Ratlif menghasilkan atur cara pangkalan data Vulcan yang kemudiannya diberi nama dBASE II.

  • Atari memasarkan komputer peribadi Atari 400 dan Atari 800 dengan harga US$550 dan US$1000.

  • Pertunjukan Comdex pertama telah diadakan di Las Vegas.

  • NEC telah melancarkan mikrokomputer PC 8001 di Jepun.

  • Sistem komputer Alto diperkenalkan oleh Xerox.

1980
  • WordPerfect telah direka bentuk oleh Strategic Software Corporation (kemudiannya WordPerfect Corporation) yang berpangkalan di Utah, USA.
1981
  • Komputer VIC-20 dengan 5KB RAM hingga 32KB RAM, CPU6502A, paparan teks 23 baris dan paparan warna untuk US$300 dikeluarkan. Ia berjaya dijual sebanyak 9,000 unit sehari.
  • Intel memperkenalkan mikropemproses iAPX432 yang mempunyai kelajuan 2 MIPS.

  • Syarikat Sinclair memasarkan ZX81 dengan mikropemproses Z80A pada harga US$200.

  • Osborne memperkenalkan komputer Osborne 1 yang berharga US$1795. Pakej ini termasuk perisian yang bernilai US$1500 seperti Basic, Word Star dan SuperCalc. Xerox memasarkan komputer Star 8010 tetapi gagal di pasaran.

  • Bill Gates dilantik sebagai Presiden Microsoft Corporation.

  • Xerox memperkenalkan pula pakej komputer Xerox 820 dengan harga US$3000.

  • Microsoft membeli DOS daripada Seattle Computer Products dan menukarkannya kepada MS-DOS.

  • IBM 5150 PC diperkenalkan. Spesifikasinya terdiri daripada Intel 8088, 4.77MHz, 64Kb RAM, 40Kb ROM, pemacu 5.25 inci dan MS-DOS. Ia dijual pada harga US$6000.

  • Apple Computer memperkenalkan cakera keras pertama yang diberi nama ProFile. Ia dijual dengan harga US$3500 dengan ruang cakera sebesar 5MB.

  • Acorn Computer Limited memperkenalkan sistem mikrokomputer BBC yang menggunakan CPU 6502A dengan 48KB RAM, 83 unit kekunci dan 16 grafik berwarna.

  • Ashton Tate memasarkan dBASE II, sebuah atur cara pengekalan data pertama. * Silicon Graphics ditubuhkan oleh James Clark.

  • Creative Technology ditubuhkan oleh W.H Sim. Hayes Microcomputer Products memperkenalkan Smartmodem 300 yang menjadi standard kepada industri pada masa berkenaan.

1984
  • Sebuah mikropemproses dengan struktur bas data 16-bit dan mampu mengalamatkan 16MB RAM. Intel 80286 digunakan dalam komputer peribadi IBM AT dan beroperasi pada 20 MHz. Komputer ini 5 kali ganda lebih pantas daripada 8086.

  • Apple Macintosh mula mengeluarkan komputer.

1986
  • Intel 80386DX iaitu mikropemproses 32-bit bas data yang mampu mengalamatkan 4 GB RAM telah diperkenalkan. 80386 bukan sahaja mampu mengendalikan 32-bit struktur bas data malah merevolusikan reka bentuk ingatan. Ia membenarkan sistem beroperasi menyediakan 640K ingatan untuk membolehkan lebih daripada satu perisian digunakan serentak.
  • Cip yang lebih kecil juga dicipta iaitu 80386SL dengan litar penyusunan kuasa dan digunakan pada komputer kecil seperti laptop.

1987
  • 11 Ogos - Windows 1.01 mula digunakan oleh komputer PC IBM dan yang serasi dengannya.
1988
  • Sebuah lagi mikropemproses iaitu 80386SL diperkenalkan dengan keupayaan 32-bit dan menggunakan 16-bit struktur bas data luaran.
1989
  • 80486DX diperkenalkan dan ia menggunakan 32-bit struktur bas data serta mampu mengalamatkan 64GB RAM. Mikropemproses ini juga mempunyai 8K ingatan tersorok (cache) dalaman di mana ia membantu peranti memasukkan data daripada ingatan. Mikropemproses ini mempunyai 1 juta transistor di dalam sebuah cip silikon yang kecil. Ia mempunyai pemproses numerik dalaman yang berasingan dan sebuah pipeline yang membolehkan pemproses menjalankan perintah dengan lebih cepat.
1990
  • Mikropemproses 80486SX dikeluarkan dengan transistor sebanyak 700 ribu dan tanpa pemproses numerik. Menggunakan struktur bas data 32-bit tetapi mempunyai kelajuan yang sama dengan 80386SX.
1992
  • Intel 80486DX2 diperkenalkan dan ia mempunyai dua jenis penjana kelajuan iaitu 50 MHz dan 66 MHz. Cip ini dimasukkan oleh pengilang secara terus dan ia mempunyai cip 'overdrive' untuk sistem yang sedia ada.

  • Chris Klaus menulis program Pengimbas Keselamatan Internet (Internet Security Scanner-ISS) dan mengiklankannya secara percuma di internet. Program ini boleh mengesan bug (kelemahan) di dalam program-program masyhur yang dikeluarkan oleh syarikat besar dalam dunia IT.

1993
  • Satu lagi mikropemproses yang mampu menjana kelajuan75 MHz, 85 MHz dan 100 MHz diperkenalkan iaitu Intel 80486DX4. Pemproses ini menggunakan teknologi penggandaan masa untuk menambahkan keupayaan memproses kepada 3 kali ganda dan ia mempunyai 16K ingatan tersorok dalaman (internal cache) untuk membantu kelajuan.
  • Intel 80486SL juga dikeluarkan untuk digunakan dalam komputer laptop. WordPerfect dibeli oleh Novell.
1994
  • Kesinambungan kepada pemproses 80486 diperkenalkan iaitu Intel Pentium. Ia mempunyai 3 juta transistor dan 2 'pipeline' yang mampu memproses 2 kali ganda lebih cepat daripada 80486DX2.

  • IBM melancarkan OS2/warp.

  • Setelah meninggalkan asrama untuk menginap di bilik tidur tambahan neneknya, Chris Klaus telah mereka cipta versi komersial pertama untuk Pengimbas Keselamatan Internet (ISS). Antara pelanggan terawal termasuk Novell dan NASA. Tom Noonan telah meninggalkan Oracle untuk menjadi CEO ISS.

1995
  • Intel P6 diperkenalkan dengan mempunyai lebih 6 juta transistor dan mempunyai keupayaan memproses 250 juta arahan sesaat.

  • WordPerfect dijual oleh Novell kepada Corel Corporation.

  • ISS berkembang ke Eropah dan melancarkan version 1.0 RealSecure yang dapat mengesan penceroboh rangkaian.

1998
  • Saham ISS diapungkan dan nilai syarikat ini melonjak ke angka US$1 billion.

  • Sistem beroperasi Windows 98 dilancarkan oleh Microsoft.

  • November - Microsoft Corporation dibicarakan di bawah undang-undang anti- monopoli Amerika Syarikat. - Netscape Communication akan dijual kepada American On-Line (AOL) dengan harga US$4.2 billion. Urusniaga ini dijangka akan diselesaikan pada bulan April 1999.

  • 12 Februari - Mesyuarat kali Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) projek MSC telah berlangsung di Cyberjaya.

  • 24 Februari - Perdana Menteri M'sia telah melancarkan pusat robotik dan MASTER- center Taman Teknologi Malaysia di Bt. Jalil Kuala Lumpur.

  • 04 Mac - KUB Telekomunikasi, anak syarikat KUB Holdings menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat telekomunikasi Jerman, Krone AG dan menubuhkan syarikat usaha sama dalam bidang telekomunikasi.

  • 23 Mac - Dr. Mahathir merasmikan kompleks pintar IRIS di Taman Teknologi M'sia, Bt. Jalil. Pada majlis itu, PM turut melancarkan pasport pintar M'sia.

  • 14 Mei - MIMOS Berhad memperkenalkan perisian pembelajaran bersepadu komputer, ComIL dan mengadakan program khas dengan Universiti Teknologi M'sia (UTM). ComIL merupakan perisian pertama keluaran MIMOS Berhad.

  • 05 Jun - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi pembekal perkhidmatan internet (ISP). Dengan perlantikan itu, M'sia akan mempunyai tujuh ISP termasuk JARING dan TMNet.

  • 15 Julai - Dato' Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan akses samarata di kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan 01 Januari 1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.

  • 21 Julai - Pembentangan Akta Telekomunikasi & Multimedia pada persidangan khas Parlimen. Selepas 3 hari bersidang, anggota Parlimen sebulat suara meluluskan akta tersebut.

  • 13 Ogos - Penubuhan syarikat konsortium Digicert Sdn. Bhd. antara Pos Malaysia, MIMOS dan GITN Sdn. Bhd.. Komsortium itu kemudian dilantik sebagai pengesah tandatangan digital yang diperlukan bagi memastikan urusan yang dijalankan melalui internet tidak disalahgunakan.

  • 27 Oktober - Pengumuman penubuhan Sun Microsystems Malaysia Sdn. Bhd. oleh Pengarah Urusannya, Govinathan Pillai. Pengumuman itu bermakna Sun M'sia berhubung secara terus dengan Ibu pejabat Sun di AS.

  • 30 Oktober - Perdana Menteri M'sia mengumumkan penubuhan Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia. Kementerian ini akan menggantikan Kementerian Tenaga, Telekom & Pos.

  • 03 November - Dr. Mahathir merasmikan persidangan dan pameran ASEAN Telecom 98 di Sri Kembangan, Selangor. Persidangan dan pameran ini adalah yang pertama diadakan di negara ini. Di majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan masyarakat mengenai masalah ini.

  • 13 November - Menteri Pendidikan M'sia melancarkan rangkaian sekolah global di kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di seluruh dunia dihubungkan melalui internet.

  • 19 November - Persidangan dan pameran Computer Telephony Asia (CTA 98') diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Inilah julung-julung kalinya persidangan dan pameran mengenai teknologi itu diadakan di negara ini.

  • 23 November - Sebuah syarikat tempatan berstatus MSC, TechnoChannel mengumumkan penyenaraian syarikatnya MyWeb Inc. di bursa saham dan sebut harga AS, Nasdaq. Penyenaraian tersebut menjadikan MyWeb syarikat MSC tempatan pertama disenaraikan di bursa itu.

1999
  • 13 Januari - Lucent Technologies mengumumkan pengambilalihan Ascend Communications dengan harga US$20 billion (kira-kira RM76 billion).

  • 26 Februari - Intel melancarkan pemproses Pentium III (codename Katmai). Pelancarannya dibuat serentak di seluruh dunia.

  • Mac - Sun Microsystems melantik Bill Joy sebagai Ketua Saintis. Beliau turut membantu di dalam penubuhan Sun selepas menulis Berkeley Unix, versi Unix dengan peningkatan fungsi kepada sambungan sistem ramai pengguna (multi user) ketika berada di Universiti California, Berkeley. Beliau juga merupakan pereka bersama arkitektur mikroprosesor SPARC Sun yang membentuk asas cip SPARC yang berfungsi sebagai otak kepada sistem pelayan dan stesen kerja Sun.

  • 29 Mac - Microsoft Corporation mengumumkan penstrukturan semula organisasi dengan pembentukan lima bahagian mengikut keperluan dan kehendak semasa pelanggan iaitu:-

    • Bahagian Perniagaan dan Keusahawanan yang akan menumpukan kepada aktiviti pembangunan perisian bagi memenuhi kehendak pelanggan teknologi maklumat.

    • Bahagian Pengguna Windows yang akan menumpukan kepada pembangunan aplikasi Windows.

    • Kumpulan Produktiviti Perniagaan yang akan berusaha memenuhi kehendak pembuat keputusan perniagaan.

    • Kumpulan Pembangunan yang menumpukan kepada keperluan pembangun produk dan penulis perisian. Ia akan diketuai oleh Paul Maritz yang sebelum ini mengetuai hampir semua pembangunan perisian di Microsoft.

    • Kumpulan Pengguna & Perdagangan yang membangunkan pilihan-pilihan untuk perdagangan elektronik. Ia akan diketuai secara bersama oleh Brad Chase, Pengurus Pemasaran Kanan yang mengepalai pelancaran Windows 95 serta Internet Explorer dan Jon DeVaan yang mengawasi pembangunan Microsoft Office.