
Pemandangan Lobi Maktab
Pada asalnya terdapat 17 buah institusi latihan Polis Diraja Malaysia di seluruh Malaysia. Secara keseluruhannya institusi latihan ini memainkan peranan untuk memberikan latihan asas dan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai/ahli pangkat rendah/kakitangan awam PDRM. Dengan penyusunan dan penyatuan beberapa buah institusi latihan yang sedia ada, jumlahnya kini menjadi 10 buah daripada 17 buah asalnya. 4 buah institusi adalah untuk latihan asas dan baki 6 institusi adalah untuk latihan dalam perkhidmatan.
|
|
|
Berdasarkan kepada perancangan MSOB, PDRM telah menyusun semua aktiviti latihan dengan pendekatan dan perlaksanaan latihan yang bersepadu yang lebih tersusun dan terancang dimana beberapa buah institusi latihan yang sedia ada yang dikendalikan secara berasingan diletakkan di bawah satu bumbung bawah pentadbiran satu Komandan. Ini adalah bagi memudahkan perancangan, kawalan, gunasama dari aspek kewangan, logistik, latihan dan pembelajaran.
Idea penubuhan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur pada asalnya telah dicetuskan oleh YAB Tun Mohd Hanif B Omar, Ketua Polis Negara ketika itu setelah mengkaji keperluan mempertingkatkan institusi-institusi latihan yang sedia ada pada masa itu. Berdasarkan kepada keperluan ini, PDRM telah mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi kepolisan yang dikenali kini sebagai Maktab Polis Diraja Malaysia,Kuala Lumpur atau singkatan nya MPKL.
Upacara pecah tanah Maktab ini telah disempurnakan oleh YAB Tun Mohd. Hanif bin Omar pada 7 Januari 1994 di Markas Pasukan Gerak Am(PGA),Cheras.Pembinaan Maktab ini telah dimulakan pada 16/1/1996 dan diterima(separa terima)oleh PDRM pada 31/1/1999.
|
|
|
|
|
|
|
Ianya merupakan institusi latihan yang utama dengan penyatuan dan penempatan 4 buah institusi latihan PDRM dibawah satu pentadbiran dengan konsep bersepadu iaitu:-
Maktab ini diterajui oleh seorang Komandan yang bertanggungjawab ke atas 3 Pusat pengajian, 2 pusat sokongan pengajian, 2 bahagian pentadbiran seperti berikut :-
