|
| |||||
|
Kebanyakan buku yang terdapat di sini ialah berunsur pengurusan, keselamatan, undang-undang, jenayah, maklumat tentang jabatan-jabatan kerajaan. Kelengkapan lain ialah seperti mesin pendua, alat pandang dengar dan video serta televisyen. Perpustakaan ini terhasil dari gabungan perpustakaan Maktab Siasatan Jenayah, Sekolah Latihan Cawangan Khas dan Sekolah Pengurusan Trafik yang telah dimansuhkan dengan ujudnya maktab ini serta perpustakaan Maktab Kuala Kubu Bahru yang kini ditukar nama ke Maktab Pegawai Rendah PDRM bagi menampung keperluan latihan anggota pangkat rendah dan kakitangan awam.
Semua urusan meminjam buku adalah menerusi sistem perpustakaan berkomputer iaitu sistem ILMU (Integrated Library Management Utilities) yang dibangunkan khasnya untuk memudahkan urusan-urusan peminjaman, perolehan dan kawalan yang lebih sistematik ke atas pengguna dan bahan-bahan rujukan. Buat masa ini bahan-bahan rujukan sedang giat dikatalogkan dan dilabel dengan "bar code".
|