 |
Permandangan
dari hadapan Auditorium Perdana
|
|

Pemandangan dari belakang Auditorium
Perdana
|
|
Maktab Pegawai Kanan PDRM Kuala Lumpur telah dilengkapi dengan sebuah Auditorium
Perdana yang cantik, tempat duduk yang selesa serta berhawa dingin. Keseluruhan dewan ini boleh
menampung seramai 728 orang pada satu masa. Ia mempunyai dua
tingkat di mana aras bawah (603 orang) adalah untuk tetamu biasa dan aras kedua
adalah untuk tetamu VIP (125 orang). Dewan ini juga dilengkapi dengan alat audio visual di
samping memiliki alat kawalan automatik untuk mengawal pentas seperti kain
penutup pentas, lampu, paparan video dan sebagainya. Pentas kombo dewan ini boleh diturunkan dan dinaikkan dari kedudukan asalnya
dan mempunyai
keluasan 11' 10" x 38' 4".
Selain daripada itu, kemudahan seperti komputer untuk memasuki laman web
juga disediakan di dewan ini. Malah ianya juga dilengkapi dengan kemudahan
Sidang Video untuk membolehkan sesi sidang video diadakan dengan mana-mana
institusi pengajian lain yang mempunyai perkhidmatan ini samada dalam negeri atau luar negeri.
|