Maktab Pegawai Kanan juga menyediakan sebanyak 2 buah bilik kuliah IT  dan setiap bilik dilengkapi dengan 30 buah komputer jenama IBM dengan kelajuan 3.20GHz, 512mb memory, 80 GB Harddisk, 14.1 skrin LCD. Kesemua komputer ini telah dihubungkaitkan dengan rangkaian setempat(LAN) maktab ini bagi membolehkan pengguna-pengguna menikmati kemudahan Internet dan hubungkait ke Bukit Aman dan lain-lain kontijen selain dari perisian-perisian yang digunakan di maktab ini. Kedua-dua bilik ini juga telah dipasang dengan Sistem ROBOTEL bagi membolehkan interaksi yang lebih di antara pensyarah dengan peserta kursus. Peralatan lain ialah seperti "white board", "multimedia projector", "digital smart board" dan sebuah pencetak laser.


Lawatan dari delegasi UN (PBB)

Kelihatan kursus sedang diadakan di salah sebuah bilik kuliah IT
Lawatan dari delegasi Afrika Selatan ke bilik IT.

 

Gambar Terbaru Bilik Kuliah IT